2009年7月26日日曜日

KONTRAK JPA vs KONTRAK ALLAH




Kontrak JPA
 Sehelai kertas berwarna biru
 Isi-isi kontrak:
1. Benefit= Berapa banyak biasiswa/elaun setiap bulan
2. Tanggungjawab yang perlu dipikul=belajar dan grad dalam masa yang ditetapkan
3. Larangan=larangan utk kahwin,kerja part-time etc
4. Suruhan=kena hantar result ke embassy every semester,dapatkan result yang cemerlang etc
5. Tempoh laksanakan kontrak=4 tahun bg engineering Japan
 Sebab kita mahu, rela dan berkelayakan,JPA bagi kita kontrak ini.
 Ramai yang berjaya laksanakan kontrak ini walaupun ada sebilangan yang gagal di pertengahan jalan=sebab nak grad,dapat kerja dan takut kena bayar ganti rugi kalau gagal
 Kontrak ini diingat hampir setiap hari sepanjang tempoh pengajian
 Kita struggle laksanakan kontrak,untuk grad,balik Malaysia,kerja,kumpul duit,mati (END)

Kontrak ALLAH
 Al-Quran dan hadis
 Isi-isi kontrak:
1. Benefit=nikmat pancaindera,rezeki,alam yang indah ini,tak terhitung banyaknya nikmat dr Allah
2. Tanggungjawab= ibadah (51:56) dan khalifah (2:30)
3. Larangan=dosa besar dan dosa kecil
4. Suruhan= ibadah fardhu (yang paling besar SOLAT) dan ibadah sunat
5. Tempoh laksanakan kontrak=selagi hayat dikandung badan (umur purata manusia:60~70 tahun shj)
 Sebab sebelum kita dihantar ke dunia,kita telah berjanji dengan Allah yang kita sanggup pikul amanah di dunia nih
 Ramai manusia yang zalim sbb dah sapu habis benefit dulu,tapi x laksanakan kontrak
 Sepatutnya kena baca kontrak ini setiap hari,x boleh lupa walau sesaat.
 Setakat mana pelaksanaan kontrak menentukan nasib di alam barzakh dan akhirat yang kekal(NO ENDING)


NOTA KAKI:
1. Azab alam barzakh=Umar RA pernah bertanya Rasulullah SAW, “Bagaimanakah pancaindera kita di alam barzakh nanti? Sama macam di dunia atau lebih berdaya tahan?” Jawapan: “Sama sahaja,sakitnya kita terkena api di dunia,begitu juga di alam barzakh dan akhirat”.
2. Selamatkan diri sendiri dan orang lain.Makin banyak orang yang kita selamatkan,makin selamatlah diri kita di akhirat nanti= sesungguhnya seluruh ikan-ikan di lautan dan burung-burung akan doakan keampunan pada orang yang mengajak pada kebaikan Islam.
3. Doa senjata bagi orang beriman: akan tumpul bila kita buat dosa besar
 Senjata lawan gangguan syaitan dan manusia
 Sebagai perisai untuk elak kita ditipu dari dunia

4. Rasulullah SAW pernah bagitahu Aisyah: “kamu punya pahala bergantung pada keletihan dan belanja yang kamu keluarkan”.
5. Jangan sampai jadi binantang (7:179)
6. Kisah Imam Abu Hanifah yang dari seorang peniaga biasa jadi ulama besar pada usia 24 tahun.
7. Hadis Nabi SAW: Jalan ke syurga dengan susah payah dan duri,jalan ke neraka dengan kesukaan dan syahwat.
8. JOM TEPUK DADA,TANYALAH IMAN…hendak seribu daya x hendak seribu dalih.


Diambil daripada: http://www.youtube.com/watch?v=WPoTn0Z62Rg
Ceramah Ustaz Zaharuddin di Besançon 1/13


0 件のコメント:

コメントを投稿